Friday, August 19, 2022

2022, liputan 4G S’wak capai 92 peratus

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menerima liputan Internet 4G hampir sama dengan semua negeri di seluruh negara pada 2022.

Kerajaan mempercepat proses menaik taraf prasarana dan jalur lebar dengan perbelanjaan mencecah RM4.09 bilion.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Annuar Musa berkata, capaian liputan Internet 4G di seluruh Sarawak meningkat kepada 92 peratus menjelang tahun depan selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Bercakap dalam segmen Randau Khas bersama Menteri KKMM di Sarawak fm beliau berkata, setakat suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak melebihi 83 peratus.

Setakat ini, 61,414 premis di seluruh Sarawak sudah dilengkapi Internet jalur lebar, sementara premis lain dalam menelan kos RM147 juta.

Annuar berkata, 79 menara telekomunikasi baharu siap dibina dengan pembinaan 744 lagi menara sudah bermula menelan kos RM2 bilion.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru