Saturday, January 22, 2022

Kekalkan kerajaan GPS, kata Perdana Menteri

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat Sarawak disaran supaya terus mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pRN-12 pada 18 Dis ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini bagi memastikan kemajuan dan pembangunan yang berterusan di negeri ini.

Beliau turut menekankan pentingnya kerajaan negeri menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan.

Ketika PH menerajui kerajaan persekutuan, banyak projek yang sepatutnya disalurkan ke Sarawak dibatalkan sehingga merugikan rakyat.

Kata beliau,  Sarawak yang diterajui oleh gabungan parti-parti tempatan yang stabil dan di bawah kepemimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sehingga   membolehkan pelbagai program kesejahteraan rakyat dilaksanakan.

Untuk rekod, Abang Johari telah memperkenalkan 110 inisiatif meliputi pelbagai bidang.

“Di pihak Kerajaan Persekutuan, kita memberi sokongan kepada pentadbiran kerajaan GPS,” katnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri.

“Saya tidak dapat membayangkan sekiranya Kerajaan Sarawak bertukar tangan,” katanya.

Ismail Sabri menyatakan, Kerajaan Sarawak mempunyai keupayaan mengekalkan kestabilan politik yang baik selain mampu membawa pembangunan yang berterusan demi kepentingan rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru