Monday, June 27, 2022

Kabong dijangka saksikan empat penjuru esok

Secara Rawak

KABONG : Menjelang hari penamaan calon esok (Isnin, 6 Disember) beberapa calon sudah mengesahkan akan turun menghantar borang untuk bertanding dalam PRN 12 di N. 40 Kabong kali ini.

Calon GPS, Mohd. Chee Kadir penyandang kerusi berkenaan yang turut dilabel sebagai ‘ranking nombor satu’ akan hadir pagi esok menghantar borang untuk bertanding bersama-sama Abdullah Sulaiman selaku pencadang dan Rabaiee Sabki sebagai penyokong.

Turun sebagai penyandang kerusi N. 40 Kabong dan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan bagi penggal kedua, Chee pada awalnya tidak diberi laluan mudah apabila sebelum namanya dicalonkan semula ada berlaku gerakan oleh pihak tertentu untuk menggantikannya atas alasan tertentu.

Lebih perit gerakan menentang itu ditunjangi oleh orang-orang kanan dalam PBB Kabong sendiri dengan disertai oleh beberapa individu lain.

Namun cubaan berkenaan gagal apabila nama yang dimajukan untuk mengganti Chee tidak menarik perhatian pucuk pimpinan parti.Malah nama Chee tetap menjadi pilihan utama tampuk kepimpinan parti bagi membawa cabaran GPS untuk mempertahankan kerusi N. 40 dalam PRN 12 kali ini.

Selain calon GPS, calon PSB Wan Mohd. Madehi Wan Ali turut mengesahkan akan menghantar borang pencalonan esok.

Wan Madehi yang dikatakan mempunyai pengikut sendiri dan pengaruh kuat di kawasan tengah di kawasan Nyabor hingga Roban digambarkan sebagai pesaing terkuat Chee dalam PRN 12.

Itu adalah gambaran yang dicanang-canang oleh pihak tertentu yang memberi bayangan bahawa mereka tidak akan memberi kemenangan mudah kepada calon GPS.

Calon Amanah yang merupakan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sarawak merangkap
Penyelaras Amanah DUN N. 40 Kabong, Hud Andri Zulkarnaen ketika dihubungi turut mengesahkan akan menghantar borang untuk penamaan calon esok.

“Saya Hud Andri memohon seikhlasnya jutaan keampunan dan setelus kemaafan sekiranya saya pernah terkasar bahasa maupun pembuatan saya kepada kalian semua.

“Saya Akan bertanding Di N40 Kabong pada PRN12 Sarawak Kali ini sebagai calon Dari parti Amanah Negara

Saya memohon doa kalian agar segala urusan saya dipermudahkan dan seterusnya dengan DOA kalian dan izin Allah SWT kemenangan berpihak kepada saya Kali ini.

DOA keluarga dan sahabat2 sahaja Yang mampu memenangkan saya kerana DOA itu adalah senjata orang mukmin,” ujar Hud dalam catatan ringkasnya kepada sarawak Voice.

Manakala bagi calon PBK. Mohd. Asri Kassim beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding dan akan turun menghantar borang pencalonan esok.

“Walaupun situasi nampak sukar lebih-lebih lagi berdepan calon GPS namun apa-apapun boleh berlaku dan segalanya mungkin dan tiada yang mustahil jika ada izin yang maha kuasa, ” ujarnya.

Dengan pengesahan berkenaan maka sudah dapat diberi bayangan awal pertembungan di N. 40 Kabong akan berlangsung empat penjuru dengan perkiraan di atas kertas berkelebihan kepada calon GPS yang sudah mempunyai trek rekod yang baik serta boleh dilabel sebagai ranking pertama dalam perlawanan kali ini.

Penamaan calon bagi DUN N. 40 Kabong akan berlangsung di Pejabat Daerah Kabong jam 9 pagi esok.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru