Saturday, January 22, 2022

Terlalu ghairah nyanyi karaoke sampai diserang pneumothorax

Secara Rawak

CHANGSHA: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Wang Zhe, terpaksa mendapat rawatan di hospital selepas mengalami pneumothorax akibat terlalu teruja menyanyi karaoke pada majlis hari jadi rakannya.

Media China melaporkan lelaki tersebut mengalami kerosakan paru-paru serius semasa cuba mencapai nada tinggi dalam nyanyiannya semasa sesi karaoke.

Pada malam itu, dia sudah merasakan kesakitan di bahagian paru-paru kanannya, namun dia tidak mengendahkannya.

Namun keesokan harinya, dia mengalami kesukaran bernafas dan keluarganya membawanya ke hospital mendapatkan rawatan.

Dia memberitahu doktor berkaitan aktiviti nyanyiannya dan hasil imbasan x-ray mendapati dia mengalami pneumothorax.

Ia berlaku ekoran pengumpulan udara atau gas pada bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dengan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri.

Zhe terpaksa menjalani prosedur bulektomy, iaitu memasukkan tiub di antara paru-paru dengan dinding dada (ruang pleura) untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.

Menurut Oddity Central, Zhe bernasib baik kerana prosedur itu berjaya dan dia kini sudah pulih seperti sediakala.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru