Saturday, January 22, 2022

Perjuangan Ibrahim Baki, calon GPS di Satok

Secara Rawak

KUCHING: Calon GPS Satok, Datuk Ibrahim Baki berazam untuk meneruskan perjuangan dan legasi  mantan Adun Satok Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berkelulusan dalam bidang undang-undang,Timbalan Ketua Bahagian Satok ini menyatakan, beliau bersama-sama pasukannya mahu Satok bergerak seiring kemajuan di tempat lain dalam pelbagai bidang.

“Kita akan terus membawa dan merancakkan pembangunan seimbang dari sudut pendidikan, prasarana, ekonomi, sosial, agama, kebudayaan, komunikasi dan sebagainya,” katanya.

“Kita mahu menyaksikan masyarakat pelkbagai kaum di sini, termasuk golongan muda terus memainkan peranan dan memberi sumbangan idea, pemikiran, bakat dan tenaga mereka ke arah kemajuan, pembangunan dan kemakmuran Satok,” jelasnya.

Ibrahim ialah Timbalan Setiausaha Agung PBB Negeri dan bendahari GPS.

Beliau telah begiat dalam politik akar umbi Satok untuk lebih 30 tahun.

Abang Johari yang menjadi Adun Satok sejak 1981, mengambil keputusan untuk bertanding di Gedong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru