Saturday, January 22, 2022

DUN Tellian tampilkan calon belia

Secara Rawak

MUKAH: Royston Valentine kini telah dipilih sebagai calon muka baru antara 24 nama bagi mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Dun Tellian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-12 ini.

Ia sekali gus mengakhiri teka-teki senarai penuh 82 calon GPS yang bakal bertanding pada PRN kali ini.

Difahamkan kini beliau berada di Kuching dan telah menerima watikah pelantikan pada tengah hari tadi.

Pada kali ini GPS Dun Tellian pertama kali meletakkan calon belia yang berusia 35 tahun, sebaris dengan calon baharu termuda dari Dun Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan, 30 dan calon dari Dun Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor 33.

Terdahulu dalam PRN ke-11 pada tahun 2016, kerusi Dun Tellian telah dimenangi Yusibnosh Balo dengan majoriti 5087 undi mengalahkan Asini @Hasni Yahya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan jumlah 666 undi.

Anak jati Melanau dari Kampung Petanak ini telah mendapat pendidikan awal di SMK Rosli Dhoby Sibu dan sedang meneruskan pengajian di Open Universiti Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Merupakan antara pengasas Pusat Kegiatan Mukah dan beliau telah bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak 2007 sehingga kini.

Terdahulu Royston juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Belia Negeri Sarawak (Kategori Lelaki) pada tahun 2017 oleh Kementerian Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak

Diikuti pada tahun 2018 merangkul Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak (Kategori Individu Lelaki) oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas peranan beliau dalam program kesukarelaan,

Baru-baru ini beliau telah diberi kepercayaan tinggi dari Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi memegang jawatan Naib Presiden FAS atas penglibatannya dalam Pasukan Mukah FA (MuFA) sebagai Pengurus Pasukan.

Dalam pada itu Royston juga merupakan Ahli alumni Parlimen Belia Malaysia dan sehingga kini berperanan sebagai Exco Saberkas Sarawak, Exco MuFA, Penasihat Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah, serta Pengurus Pasukan Mukah Youth Team (MY Team) dan Pengurus Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MYTIC).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru