Saturday, January 22, 2022

Calon baru, pelapis untuk masa depan

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan antara calon yang berpengalaman dan juga orang baru untuk mewakili rakyat pada pilihan raya kali ini merupakan keputusan yang bijak oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bahawa perancangan untuk membangunkan negeri Sarawak dan kepimpinannya memerlukan kesinambungan, justeru orang muda perlu diberi peluang untuk menimba pengalaman tersebut.

“Dengan adanya barisan yang telah diumumkan untuk bertanding di kerusi masing-masing, diharap mereka dapat meneruskan khidmat yang terbaik untuk negeri ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

“Justeru, orang muda perlu diberikan peluang untuk menimba pengalaman melalui bimbingan dan didikan yang baik kerana mereka akan menjadi pelapis pada masa akan datang.,” katanya selepas merasmikan Program Berkhatan di Surau Baitul Makmur, di sini, hari ini.

Tambahnya, wakil yang telah diamanahkan untuk menjadi calon ini juga diharapkan dapat memberikan idea baharu yang bernas untuk membawa perubahan yang lebih baik dan relevan kepada generasi kelak.

Mengulas lanjut, rakyat Sarawak perlu menilai sebaik-baiknya apa yang telah dilakukan untuk membangunkan negeri ini dan apa yang akan dibawa untuk pembangunan masa akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru