Saturday, January 22, 2022

Ada kebakaran, tetamu majlis kahwin terus berselera makan

Secara Rawak

THANE: Sebuah klip video yang tular di media sosial menyebabkan netizen menggeleng kepala melihatnya.

Klip video itu menunjukkan tetamu sebuah majlis persandingan sedang menikmati sajian yang dihidangkan dan berbual dengan penuh santai di sebalik insiden kebakaran yang berlaku di belakang mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Dewan Perkahwinan Ansari di Thane.

Video itu dikongsi oleh Free Press Journal, akhbar harian India berbahasa Inggeris di akaun Twitter mereka dan menjadi tular serta-merta.

“Walaupun kawasan perkahwinan Ansari yang dilanda kebakaran malam tadi, orang ramai tidak kisah dan nampaknya sedang menikmati makan malam mereka dalam majlis perkahwinan yang diadakan di pekarangan yang sama.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru