Saturday, January 22, 2022

100 individu terima dos penggalak di Klinik Kesihatan Tanah Putih

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 100 individu hadir melengkapkan vaksinasi dos penggalak di Masjid Darul Islam Bintawa Hilir anjuran Klinik Kesihatan Tanah Putih pada Jumaat.

Proses pemberian vaksin dikendalikan oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Tanah Putih.

Dalam pada itu, penerima dos penggalak merakamkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan di atas inisiatif memudahkan mereka mendapatkan dos penggalak tersebut,.

Program tersebut berjaya dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru