Saturday, January 22, 2022

Mukah akan dibangunkan dalam pendidikan dan pelancongan

Secara Rawak

MUKAH: Kerajaan Sarawak sudah mempunyai pelan induk untuk membangunkan sosioekonomi berteraskan pendidikan, pelancongan dan tarikan di kawasan Mukah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Mukah merupakan salah satu pusat kemajuan bagi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda).

“Justeru, Kerajaan Sarawak sudah mempunyai mempunyai pelan induk untuk mengembangkan sosioekonomi di sini berteraskan kepada pendidikan, pelancongan dan ketiga sudah tentu apa yang menarik di Mukah termasuklah makanannya,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, hari ini.

Tambahnya, kewujudan lapangan terbang baharu itu juga sudah menjadi impian masyarakat di Mukah dan kawasan berdekatan sekali gus menjadi kebanggaan mereka.

“Ia boleh membawa para pelancong dan pelawat dalam pembangunan sosioekonomi yang sedang sedang berlaku di kawasan pertengahan Sarawak khasnya di Mukah dan sekitarnya,” ujar beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru