Saturday, January 22, 2022

Kakitangan Jabatan Hutan Sarawak terima penghargaan

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 82 kakitangan Jabatan Hutan Sarawak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Kuching pada Jumaat.

Anugerah berdasarkan prestasi yang dinilai pada tahun 2020 itu disempurnakan penyampaiannya oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr Sabariah Putit.

Beliau semasa berucap sempat menyatakan harapannya agar pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan tersebut dapat melonjakkan lagi motivasi diri setiap penerima sebagai role model kepada rakan sekerja yang lain sekali gus menjadi peneraju kepada perubahan positif dalam membudayakan kecemerlangan di tempat kerja, khususnya di Jabatan Hutan Sarawak.

Jelasnya, kerajaan negeri menaruh harapan yang tinggi kepada Jabatan Hutan Sarawak bagi memastikan hutan serta sumbernya diurus dengan baik di negeri ini.

Disamping itu, turut menerima sijil penghargaan dan cenderamata adalah seramai 57 orang kakitangan yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2021.

Ini termasuk ahli Kumpulan Flares, ICC Jabatan Hutan Sarawak yang telah mengharumkan nama Sarawak setelah memenangi anugerah PAR EXCELLENCE AWARDS bagi pertandingan ICC peringkat antarabangsa yang diadakan di International Convention Quality Control Circle (ICQCC) 2021, Hyderabad India pada 26 November lepas secara virtual.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru