Saturday, January 22, 2022

Pendidikan jadi keutamaan – Billy Sujang

Secara Rawak

KUCHING: Bidang pendidikan menjadi fokus utama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Billy Sujang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar pada Pilihan raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.

Katanya, ini bagi merealisasikan impian rakyat yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sekiranya diberi kesempatan nanti, aspirasi saya adalah ingin memantapkan lagi bidang pendidikan sebagai salah satu hub ke arah kemajuan modal insan.

“Modal insan juga penting bagi saya untuk mengubah tahap ekonomi taraf hidup dan sebagainya” katanya semasa ditemui selepas penyerahan watikah pelantikan calon GPS di Ibu Pejabat PBB Sarawak pada Jumaat.

Ujarnya lagi, beliau sendiri telah merasai pengalaman betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang khususnya mereka yang tinggal di luar bandar dalam usaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

“Saya sendiri merasainya di mana saya berasal dari kampung dan bekerja di bandar dengan pendidikan menjadi keutamaan.

“Selain itu, kita akan berjalan seiringan dengan dasar pembangunan negeri yang disarankan Kerajaan GPS. Jadi, itulah yang kita akan laksanakan nanti,”ujarnya.

Billy merupakan muka baru yang diketengahkan GPS dalam PRN12 Sarawak kali bagi membangunkan DUN Opar.-EDISI UKAS

 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru