Saturday, January 22, 2022

Penganalisis: Mampukah DAP, PKR diterima dalam PRN Sarawak?

Secara Rawak

KUCHING: Dengan trend kekalahan di Semenanjung dan Sabah, PH Sarawak dijangka  menempah ‘maut’ dalam PRN kali ini dengan GPS, kata pemerhati politik, Roslan Sharir Mohd Shahir.

Menurut beliau, jika di Melaka pun calon-calon PH ada yang hilang wang pertaruhan, tidak mustahil rakyat Sarawak juga akan memberi hukuman yang sama buat mereka dalam PRN nanti.

“Kemenangan yang ‘solid’ di Sarawak bakal meranapkan PH dalam PRU ke-15 nanti dan dengan itu akan hilang terus penguasaannya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Malaysia bakal merehatkan Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu. Dan ianya akan bermula dari PRN Sarawak. Selamat berpilihan raya rakan-rakan di Sarawak dan selamat mengundi,” katanya menulis dalam Harakah Daily.

Katanya,  Pilihan Raya Negeri  Sarawak kemungkinan  yang terakhir sebelum PRU ke-15 yang dijangka diadakan tahun 2022 nanti.

“Soalnya mampukah PH, khasnya DAP dan PKR diterima oleh rakyat Sarawak setelah apa yang berlaku sebagaimana disebutkan?,” soal beliau.

“Jika mereka mampu mencetuskan sesuatu yang luar biasa di Sarawak yang punya 82 kerusi DUN itu, barulah mereka punya masa depan khasnya dalam menghadapi PRU ke-15 nanti akan tetapi kiranya Sarawak juga sama sebagaimana Melaka dan lain-lain yang kita sebutkan bermakna PH bakal roboh dan hancur musnah,” jelasnya.

PH Sarawakl terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah yang masing-masing akan bertanding di 47, 26 dan sembilan kerusi dalam PRN nanti.

Dalam PRN pada 2016, PKR menang tiga kerusi, DAP tujuh dan Amanah tidak memenangi sebarang kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru