Saturday, January 22, 2022

Lelaki hubungi ambulans 39 kali setahun

Secara Rawak

TAIWAN: Seorang lelaki dari Taiwan baru-baru ini ditahan pihak berkuasa kerana menghubungi ambulans semata-mata untuk mengambilnya dari sebuah pasar raya yang terletak hanya 200 meter dari rumahnya.

Ketika memeriksa rekod sebelum ini, ternyata lelaki itu, yang tinggal bersebelahan hospital tempatan telah memanggil ambulans sebagai teksi percuma sebanyak 39 kali setahun, semata-mata atas alasan dia “tidak mahu pulang berjalan kaki ke rumah.

“Menurut polis di Daerah Nantou di Taiwan, lelaki bernama Wang itu berulang kali berpura-pura sakit sebagai alasan menghubungi ambulans meminta menghantarnya ke hospital berhampiran rumahnya.

Pihak hospital mendapat tahu perbuatannya apabila mereka menyedari Wang selalu menghilang diri tanpa berjumpa doktor setiap kali dia dihantar ke hospital.

Terkesan dengan gangguan tersebut, kakitangan perubatan menghubungi polis.

Bagaimanapun, Wang secara lisan memarahi pihak polis yang memberi amaran kepadanya bahawa jika dia melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan perkhidmatan sosial untuk kemudahan sendiri, dia akan didenda.

Menurut Global Times, di Taiwan, perkhidmatan ambulans adalah percuma untuk membawa pesakit kecemasan ke hospital atau kemudahan perubatan terdekat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru