Saturday, January 22, 2022

Bagaimana nasib Mawan di Pakan kali ini?

Secara Rawak

SARIKEI:  Siapakah yang akan bertanding di kerusi Pakan dalam PRN kali ini?

Adakah calon PBB atau PDP bagi mewakili GPS?

Inilah antara persoalan menarik diperkatakan di akar umbi di kerusi Pakan.

Berdasarkan sumber akar umbi, penyandang Tan Sri William Mawan Ikom dipercayai akan ditampilkan oleh GPS.

Pemimpin veteran ini dikatakan telah bergerak di kawasan itu secara aktif sejak lima tahun lalu.

Terkenal dalam kalangan penduduk termasuk di rumah panjang, Mawan seorang yang kuat bekerja dan memiliki sentuhan kerakyatan.

Mawan telah bertanding atas pelbagai tiket termasuk  SNAP, PDP dan Teras.

Berusia 72 tahun, Mawan dijangka berdepan tentangan daripada PBK, PSB, dan  PKR dalam pertandingan empat penjuru.

Dalam PRN-11, Mawan bertarung sengit dengan pesaingnya sehingga akhirnya muncul antara lima kerusi  yang menang dengan majoriti tipis.

Mawan menang hanya dengan majoriti 426 undi, menewaskan calon Bebas, Jawie Jongot  dan calon DAP, Jerry Clement.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru