Saturday, January 22, 2022

Abang Johari umum nama calon GPS petang ini

Secara Rawak

KUCHING:  Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan kesemua  82 calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak  petang ini.

Pengumuman itu bakal dilakukan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau dijangka menyampaikan  watikah pelantikan kepada semua calon di Ibu Pejabat , Parti Parti Pesaka Bersatu (PBB)di Jalan Bako pada pukul 3. 30 petang.

Difahamkan semua nama calon telah dimuktamadkan.

GPS  terdiri daripada PBB, PRS, PRS,  SUPP dan PDP bakal bertembung dengan sekurang-kurangnya lapan parti politik pembangkang dalam PRN yang diadakan pada 18 Dis ini.

Hari penamaan calon adalah pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.

Pati seperti DAP, PKR, PSB, Sedar, Aspirasi dan PBK telah mengumumkan sebahagian besar daripada nama calon mereka.

Difahamkan Astro Awani, saluran 105 akan menyiarkan acara itu secara langsung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru