Saturday, January 22, 2022

47 kematian Covid, termasuk satu di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia melaporkan 47 kematian akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,521 kes.

Menurut pangkalan data GitHub, daripada jumlah itu, 12 adalah kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Selangor terus mendahului dengan sembilan kematian, diikuti Kelantan, Perak dan Sabah (masing-masing enam), Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing lima).

Manakala Kuala Lumpur (tiga), Johor (dua) dan Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan (masing-masing satu).

Tiada kematian dilaporkan di Pahang dan Putrajaya.

Terdapat 62,253 kes aktif, termasuk 511 di unit rawatan rapi (ICU), di mana 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan setakat tengah malam tadi.

Angka keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan  mencecah 2,644,027 kes hingga kini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru