Saturday, January 22, 2022

Wajahnya mirip penjenayah dicari, bikin kecoh

Secara Rawak

JILIN: Penduduk tempatan di Baicheng, wilayah Jilin, China membuat laporan membabitkan lelaki sebanyak lima kali dalam masa tiga hari kepada polis kerana rupa dan ekspresi wajahnya yang sangat serupa dengan seorang penjenayah.

Penjenayah yang dikenali sebagai Zhu Xianjian, dikatakan berasal dari negara jiran dan melarikan diri dari penjara pada 18 Oktober lepas.

Polis tempatan menawarkan ganjaran sehingga RM462,446 untuk maklumat tentang keberadaannya.

Jumlah wang hadiah yang besar ini menyebabkan penduduk tempatan berusaha mencari sesiapa yang kelihatan seperti Zhu sebelum dia akhirnya ditangkap beberapa hari kemudian.

Video yang tersebar luas di media sosial itu menunjukkan lelaki tersebut mempunyai ciri-ciri wajah, ekspresi dan gaya rambut yang hampir sama dengan banduan itu.

Sebelum Zhu ditangkap, netizen di platform Weibo melahirkan rasa simpati terhadap kisah dialami mangsa.

Malah mereka menasihatinya agar memasang kad pengenalan di leher.

Selepas penangkapan Zhu, netizen mengucapkan tahniah kepada “doppelganger” dan mengatakan dia tidak perlu bimbang dilapor lagi, menurut Global Times.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru