Sunday, May 22, 2022

Tangani Omicorn: Tidak pakai pelitup muka, warga London didenda RM1,118

Secara Rawak

LONDON: Ekoran tercetusnya kebimbangan penularan varian Omicron, London mengenakan denda 200 pound sterling (RM1,188) terhadap warga yang tidak memakai pelitup muka.

Peraturan tersebut berkuat kuasa di stesen kereta api bawah tanah dan pengangkutan awam lain di ibu negara Britain itu, selain ketika mengunjungi kedai.

Gabenor London Sadiq Khan dipetik Evening Standard berkata, peraturan berkuat kuasa Selasa itu menunjukkan penggunaan topeng satu-satunya cara paling berkesan menangani Omicron.

UK mengesahkan terdapat tiga kes varian Omicron di London, iaitu di Wandsworth, Camden dan Westminster dengan terdapat jumlah 11 kes di UK.

UK melarang penerbangan dari Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho dan Eswatini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru