Sunday, May 22, 2022

Mayat tanpa kepala terjatuh dari bagasi kereta, pemandunya kanibalisme

Secara Rawak

RUSIA: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di utara Rusia selepas mayat yang dipenggal jatuh dari bagasi keretanya.

Lelaki itu dilaporkan mengaku kepada polis dia mempunyai kegemaran melakukan kanibalisme.

Apabila Yegor Komarov, 23, merempuh kereta Mitsubishinya ke penghadang jalan di Sortavala, saksi kejadian melihat mayat berguling keluar dari kenderaan tersebut.

Komarov dan dua yang lain dikatakan melari diri ke hutan, meninggalkan mayat tanpa kepala di jalan raya, dan mengejutkan orang ramai yang melihatnya, lapor Daily Mail.

Menurut pihak berkuasa Rusia, sebaik sahaja suspek berjaya ditangkap, Komarov mendedahkan dia seorang kanibal dan “suka membunuh orang”.

Komarov juga mengaku menikam sehingga mati seorang lelaki berusia 38 tahun di sebuah taman di St. Petersburg kerana mahu merasai daging manusia, lapor media Rusia.

“Apabila dia mati, saya menetak lehernya dan merasai darah dan dagingnya,” katanya.

Komarov memberitahu dia memotong lidah mangsa dan memasaknya menggunakan mentega.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru