Tuesday, August 16, 2022

Lima penjuru di Krian, Ali Biju bagaimana?

Secara Rawak

KRIAN: Apakah pilihan Datuk Ali Biju dalam PRN-12?

Mungkinkah beliau  tidak akan bertanding atau memilih untuk menjadi calon Bebas?

Sebab,  Bersatu, parti yang dianggotainya telah menegaskan akan menyokong GPS, dan tidak akan bertanding dalam PRN pada 18 Dis.

Ali memenangi kerusi itu  dalam PRN-11  pada 2016 atas tiket PKR dengan meraih 5,388 undi manakala penentangnya calon PDP Kilat Beriak memperoleh 3,748 undi.

Namun, awal tahun lalu beliau keluar PKR untuk menyertai parti pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.

Ali  menjadi Adun selepas mengalahkan  Peter Nyarok dalam PRN-10 pada 2011.

Kali ini, kemungkinan kerusi itu akan menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Difahamkan Friday Belik (GPS), Musa Anggat (PSB), Banyi Beriak (Teras), Empati Ningkan (PKR) dan Danny Kuan (PBK) akan turut bertempur di Krian.

Siapa yang bakal menang kerusi itu nanti bakal ditentukan 13,005 pemilih DUN Krian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru