Tuesday, August 9, 2022

Kejohanan Sepak Takraw Belia Siri I di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sejumlah 32 regu bakal berentap bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Sepak Takraw Belia, Siri Jelajah Gelanggang (Siri I) Piala Dato’ Sri Fadillah Yusof 2021 yang dijadual berlangsung 4 dan 5 Disember nanti.

Pengerusi Kejohanan Mohammad Bakri berkata, regu yang terlibat terdiri dari kelab-kelab sekitar Kuching dan Samarahan.

“Sambutan yang diterima untuk kejohanan dua hari itu begitu hebat sekali, kita percaya regu terlibat akan cuba menampilkan aksi terbaik,” ujar Mohammad kepada Arena Suara Sarawak.

Kejohanan anjuran Kelab Kacool Kuching itu akan berlangsung di gelanggang sepak takraw Kampung Kudei Ulu dan Dewan Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Petra Jaya.

Regu yang berjaya muncul juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat. Manakala, dua regu yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM200, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru