Sunday, May 22, 2022

Majlis kahwin di kandang khinzir, tetamu turut makan di situ

Secara Rawak

ZHANGZHOU: Video sebuah majlis perkahwinan di wilayah Fujian, China Timur tular dan menjadi perbualan hangat netizen media sosial baru-baru kerana ia didakwa diadakan di sebuah kandang khinzir, lapor Global Times.

Dalam video itu, tetamu dilihat menikmati makanan di bilik khas yang disediakan di kandang tersebut.

Video tersebut dirakam tetamu bernama Lin yang merupakan kawan kepada pengantin perempuan.

Dia menjelaskan kandang khinzir itu tidak berbau busuk kerana ia hanya dibina dan belum digunakan.

Ramai tetamu termasuk saya sendiri mendapati ia merupakan pengalaman yang sangat istimewa, menarik dan tidak dapat dilupakan iaitu menikmati jamuan perkahwinan di dalam kandang khinzir,” kata Lin.

Para netizen pula memberitahu selain majlis perkahwinan, majlis itu juga merupakan majlis menyambut kedatangan khinzir yang bakal mendiaminya kandang terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru