Sunday, January 23, 2022

Marah kerana kalah, wanita bakar mesin permainan, tembak rakan

Secara Rawak

HOUSTON: Seorang wanita cedera selepas ditembak gara-gara sebuah mesin permainan di timur laut Houston, menurut polis Houston.

Menurut Leftenan Larry Crowson, pegawai di Jabatan Polis Houston, pihak mereka menerima laporan insiden tembakan di blok 4700 Rand Street sekitar 2.30 petang.

Dalam kejadian itu dua wanita bermain mesin permainan di lokasi apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba marah selepas dia kalah.

Dia kemudiannya menuangkan cecair pemetik api ke atas mesin itu.

Apabila mesin itu terbakar, wanita kedua pula menjadi marah kerana dia tidak dapat bemain lagi.

Polis berkata kedua-dua wanita itu akhirnya bertengkar di tempat parkir kereta, dan wanita yang memulakan kebakaran itu ditembak oleh suspek.

Menurut 98online, dia telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini stabil.

Pegawai penyiasat memberitahu suspek melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pegawai tiba.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru