Saturday, January 22, 2022

98 kes jangkitan, tiga kematian di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kes baharu Covid-19 di negeri ini pada hari ini ialah 98 kes, kali kedua berturut-turut kurang daripada seratus kes.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan, 94 kes daripada kategori 1 dan 2, dan selebihnya kategori 3,4, dan 5.

Katanya, Kuching terus merekodkan jumlah tertinggi dengan  25 kes.

Ini diikuti Sibu (19), Miri (13), Bintulu (11), Limbang (7), Serian (5), (lawas (3), Selangau (3), Samarahan dan Bau masing-masing dua.

Katanya, lapan daerah masing-masing satu kes.

Sebanyak 22 daerah tiada sebarang kes.

Sementara itu, JPBNS menyatakan terdapat tiga kes kematian dalam tiga hari, iaitu  satu masing-masing pada 22, 25 dan 27 Nov.

Dua mangsa ialah perempuan dan seorang lagi lelaki, berusia masing-masing 50,76 dan 50 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru