GENEVA: Kemunculan varian Covid-19 baharu B.1.1.529 atau Omnicron yang dikategorikan oleh WHO sebagai Variant of Concern (VOC) atau membimbangkan kini sudah tersebar di lapan negara.
Lapan negara tersebut yang melaporkan jangkitan varian Omnicron berkaitan perjalanan melibatkan Afrika Selatan ialah Itali (satu kes), Jerman 2, Britain 2, Belgium 1, Israel 1, Afrika Selatan 22, Botswana 4 dan Hong Kong satu kes.
Terbaru menurut CNN, Australia melaporkan dua kes melibatkan varian Omnicron bagi pesakit yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan tanpa gejala.
Austria juga melaporkan satu kes Omnicron tanpa gejala dan Denmark mensyaki dua kes terbaru melibatkan varian Omnicron yang masih dikesan.
Omnicron dikatakan lapan kali ganda kadar jangkitan berbanding Covid-19 sebelumnya dan merupakan mutasi daripada Delta dan Beta.