Thursday, May 19, 2022

Sepakan penalti 18 Dis: Berapa gol dapat dijaring GPS?

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak perlu diadakan kerana mandat yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan pada 2016 telah tamat, kata Ketua Menteri ketika melancarkan Jentera GPS di Ibu Pejabat PBB, malam tadi.

Tempoh DUN Sarawak sepatutnya tamat pda 7 Jun 2020, tetapi disebabkan kes jangkitan Covid-19 memuncak, maka darurat telah diisytiharkan.

Akibatnya Kerajaan GPS memerintah atas mandat yang dipinjam atau dilanjutkan.

“Sebab itu kita mesti mengadakan pilihan raya,” jelas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Masa kita sudah tamat, tetapi kita diberi masa kecederaan,” katanya memetik analogi masa kecederaan yang diberi dalam permainan bola sepak selepas permainan sebenarnya tamat.

Proklamasi Darurat yang sepatutnya berakhir pada 2 Feb depan telah ditarik balik.

“Masa kecederaan sudah tamat, sekarang penalti, iaitu pada 18 Dis. GPS akan terus menjaringkan gol pada waktu itu,” tegasnya.

“Saya bukan diktator, memerintah tanpa kuasa,” tegasnya.

“Saya bukan diktator, setiap tindakan yang dibuat saya ambil kira perbincangan bersama-sama barisan pimpinan kerajaan,” jelasnya.

GPS yang terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP akan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN.

Pada PRN 2016, parti kerajaan itu menang di 72 kerusi manakala PH sepuluh kerusi, DAP tujuh dan PKR tiga.

GPS dijangka ditentang oleh sekurang-kurangnya sembilan parti lain dalam PRN nanti.

Dalam PRN-11, BN ketika itu ditentang enam parti politik — PKR, DAP, Amanah, Star, PBDSB, dan 36 calon bebas.

Namun semua calon Bebas tewas, malah 20 orang hilang wang pertaruhan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru