Thursday, August 18, 2022

Jatuh dari tigkat 19, wanita usia 82 tahun tergantung terbalik di beranda 

Secara Rawak

JIANGSU: Seorang wanita berusia 82 tahun dilihat tergantung dalam keadaan terbalik di beranda selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan di wilayah Jiangsu di timur China berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Dia dikatakan terjatuh dari kediamannya di tingkat 19 dan tersangkut di besi ampaian baju sekali gus menghalangnya dari jatuh ke bawah.

Wanita itu berjaya diselamatkan pasukan bomba yang bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima aduan orang ramai.

Nenek tersebut dilaporkan menjemur selimut di balkoninya apabila dia tergelincir lalu jatuh.

Menurut southchinamorningpost, dia tidak cedera.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru