Thursday, May 19, 2022

Persengketaan  pembangkang menjelang PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Pengerusi GPS berkata, persengketaan  sesama parti dalam pakatan pembangkang kerana berebut kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak membayangkan bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan yang stabil.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,  ketidaksepakatan itu  menimbulkan persoalan bagaimana mereka mahu memimpin rakyat Sarawak kelak.

Untuk rekod,   PKR akan bertanding di 47 kerusi, DAP 26 manakala Amanah sembilan.

Kelihatannya PH gagal menjalinkan kerjasama dengan PSB. Sekurang-kurangnya lapan parti pembangkang akan menentang GPS dalam PRN nanti.

“Itu masalah mereka  tetapi sejak awal lagi, sudah  saya jangkakan perkara ini  berlaku sesama mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan jentera PRN Ke-12 GPS di ibu pejabat PBB  di sini malam tadi.

Dalam PRN 2016, PKR dan DAP bertembung di beberapa kerusi kerana gagal menemui persefahaman.

Pada PRU berkenaan, PH hanya memenangi 10 daripada 82 kerusi ditandinginya — DAP tujuh kerusi dan PKR tiga kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru