Monday, January 24, 2022

Calon ujian memandu, pandu kereta tanpa lesen ke pusat ujian

Secara Rawak

BERLIN: Pada hari ujian memandu, seorang lelaki di Jerman diberi pengajaran keras bahawa seorang pemandu kenderaan perlu memiliki lesen sah sebelum dapat memandu kereta sendiri.

Polis di Bergheim, Cologne, memberitahu lelaki berusia 37 tahun itu memandu sendiri ke pusat ujian.

Malah dia turut memparkir Opel Zafira di luar pusat ujian di hadapan pemeriksa yang jelas terpinga-pinga melihat telatahnya.

Dia memberitahu pegawai polis yang dipanggil ke tempat kejadian bahawa dia hanya memandu kerana kerana ingin memastikan dia datang ke pusat ujian memandu itu tepat pada masanya.

Ujiannya dibatalkan serta-merta. Lelaki itu kini berdepan siasatan kerana memandu tanpa lesen. Polis turut membuka siasatan terhadap pemilik kereta itu, lapor Reddit.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru