Tuesday, January 18, 2022

Litar ‘drag race’ lebih selamat

Secara Rawak

KUCHING: Pembinaan litar ‘drag race’ motosikal mungkin boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan risiko tidak diingini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, perkara tersebut belum dilihat secara mendalam tetapi boleh dibincangkan pada masa akan datang sekiranya mempunyai kawasan yang sesuai untuk dibina, tetapan dan keperluan lain-lain.

“Saya mungkin akan beri sokongan sedikit untuk membina litar ini khususnya untuk mereka yang berminat dengan ‘drag race’ motosikal ini kerana tidak terlalu berbahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek.

“Tambahan pula perlumbaan ini hanya memerlukan jalan yang lurus, justeru kurang risiko untuk membahayakan penonton dan mereka yang terlibat dalam perlumbaan tersebut,” katanya pada Program Jelajah Belia Sarawak @ Satok di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan peserta mengenai kesediaan kerajaan membina litar lumba yang pertama di negeri ini sekali gus mengurangkan gejala ‘mat rempit’ atau lumba haram.

Tambahnya, litar lumba trek mungkin tidak dibina kerana banyak liku dan selekoh yang boleh membahayakan keselamatan ramai pihak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru