Tuesday, January 18, 2022

LIGA SSC-FAS 2021: Bintulu lebur rekod tanpa kalah Miri

Secara Rawak

KUCHING: Rekod tanpa kalah Miri FA pada tiga perlawanan sebelum ini lebur selepas mengalami kekalahan tipis (3-2) menentang Bintulu FA di Padang Sintetik Kelab Kidurong, Bintulu, petang semalam.

Sekali gus, memuktamadkan perjuangan anak-anak buah Mohd. Zaidil Termidi Suhaili untuk layak ke suku akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021.

Mohd. Haziq Anuar muncul wira Bintulu FA apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-88.

Dalam keadaan penyerang berbakat itu yang terdahulu menyumbat gol kedua untuk pasukannya pada minit ke-7.

Berbanding gol awal Bintulu FA dijaringkan Gary Arnold Kemeron minit ke-7.

Dua gol Miri FA dijaringkan Muazzam Isyraf Rosman minit ke-42 dan Giogie Tendy minit ke-54.

Kemenangan diperoleh Bintulu FA itu melengkapkan kouta enam pasukan yang akan berentap di peringkat kalah singkir.

Lima pasukan yang awal mengesah tempat ke suku akhir sebelum ini ialah Sarawak United FC II, Kuching City FC II, Sri Aman FA, Kapit FA dan Miri FA.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru