Friday, July 1, 2022

Wanita termakan airpod yang disangka pil

Secara Rawak

BOSTON: Seorang pengguna TikTok baru-baru ini berkongsi kisahnya yang tersalah anggap dan menyangka salah satu AirPod-nya sebagai pil Ibuprofen dan telah memakannya.

Menerusi TikToknya, pengguna yang berasal dari Boston bernama @iamcarliiibdia mengatakan hasratnya mahu berkongsi maklumat ini adalah “untuk tujuan pengajaran.”

“Saya duduk di katil,” katanya dalam video TikToknya.

“Saya memegang Ibuprofen 800 di tangan kanan saya dan satu AirPod di tangan kiri saya.”

“Selepas melempar sesuatu ke arah belakang, saya mengambil botol air saya dan minum kemudian menyedari ia bukan Ibuprofen,” katanya.

“Saya cuba memuntahkannya namun ia tidak keluar.”

Airpod itu bagaimanapun berjaya keluar secara normal dan @iamcarliiib mengatakan dia sudah menggunakan imbasan x-ray untuk mengesahkannya.

Dia juga mengatakan tidak akan menggunakan AirPod itu lagi.

Menurut Reddit, lebih menakjubkan dalam satu lagi video berasingan @iamcarliiib mendedahkan AirPod yang ditelan masih disambungkan ke iPhonenya semasa dia membuat panggilan.

Akibatnya, memo suara yang dihantarnya kepada rakannya termasuk bunyi air yang dirakamkan di dalam perutnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru