Sunday, May 22, 2022

PRN Sarawak: Jumlah parti, calon bertanding dijangka bertambah

Secara Rawak

KUCHING: Adakah semua 82 kerusi DUN Sarawak bakal ditandingi dalam PRN-12 nanti?

Atau akan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding?

Untuk rekod, dalam PRN-11, hanya dua kerusi dimenangi tanpa bertanding.

Kerusi Bukit Sari dimenangi Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Manakala Bukit Kota pula dimenangi Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Pemerhati percaya bahawa kemungkinan untuk mana-mana kerusi DUn dimenangi tanpa bertanding adalah tipis kali ini.

Hal ini kerana pembangkang tidak akan membiarkan GPS menang percuma.

Apatah lagi, kali ini jumlah parti yang bertanding akan bertambah.

Selain BN, pada PRN 2016, parti yang bertanding ialah DAP, PKR, Amanah, Star, PBDSB, dan Pas.

Jumlah parti yang bertanding kali ini dijangka bertambah lagi termasuk PSB, PBK  dan Aspirasi.

Pada 2016, sebanyak 229 calon yang bertanding, termasuk 36 calon Bebas.

Kali ini jumlah calon dijangka meningkat.

Hari penamaan calon adalah pada 6 Dis manakala hari pengundian, Sabtu, 18 Dis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru