Sunday, June 26, 2022

Lima sekeluarga rumah terbakar dibantu

Secara Rawak

KUCHING: Lima sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah dua tingkat didiami mereka di Kampung No 6 Jalan Muhibbah, di sini hangus dijilat api semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 10.56 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan Batu Lintang yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.23 pagi.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, Datuk Ibrahim Baki turut turun padang dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
Ibrahim ditemani oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Samad Gany dan wakil pusat khidmat Petra Jaya dan beberapa pemimpin tempatan.

Sumbangan dari penyandang Dun Satok, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari disampaikan kepada 21 orang mangsa untuk meringankan beban mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru