Sunday, May 22, 2022

Gajah naik minyak pecahkan cermin bas

Secara Rawak

NILGIRIS: Seorang pemandu bas di Tamil Nadu mendapat pujian kerana bersikap tenang dalam keadaan yang agak mencemaskan apabila diserang gajah yang sedang mengamuk.

Dalam video yang kini tular di laman sosial seekor gajah yang naik minyak dilihat berlari ke arah bas di wilayah Nilgiris.

Sebaik sahaja melihat gajah tersebut, pemandu bas itu cuba mengundur bas terbabit.

Namun, gajah itu semakin dekat dengan bas terbabit dan selang beberapa saat kemudian ia merempuh bahagian hadapan bas menggunakan gadingnya.

Impak itu menyebabkan cermin hadapan bas terbabit retak.

Pemandu itu berjaya melarikan diri dari tempat duduknya dan segera mengarahkan penumpang bergerak ke belakang bas.

Gajah itu masih terus merempuh cermin bas tersebut. Insiden ini berlaku semasa bas tersebut dalam perjalanan dari Kotagiri ke Mettupalayam dan pemandu itu berhenti membolehkan haiwan tersebut melintas jalan dengan selamat.

Namun mereka tidak menyangka gajah itu akan naik minyak dan mengamuk.

Menurut Daily Mail, selepas beberapa ketika, ia berhenti dan meninggalkan kawasan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru