Tuesday, June 28, 2022

DAP ‘pasang’ guru tuisyen cabar Soon Koh di Bawang Assan?

Secara Rawak

KUCHING: Hari penamaan calon semakin hampir, namun DAP Sarawak masih belum memuktamadkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Setakat ini, pengerusinya Chong Chieng Jen hanya mengumumkan 18 calon awal manakala baki lapan lagi masih jadi tanda tanya.

Ia termasuk kerusi Kota Sentosa yang diwakilinya sejak tiga penggal lalu. Malah beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ‘berhijrah’ ke Batu Kawah bagi menentang seteru tradisi, SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menariknya, blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) ketika ini belum mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun kata Chieng Jen, pihaknya masih terbuka untuk berunding dengan PSB terutama dalam penentuan kerusi di Bawang Assan.

Namun sekiranya tiada persetujuan antara DAP dan PSB dalam masa terdekat, atau paling lewat, sebelum hari penamaan calon, maka parti itu akan menghantar ‘orang’ bagi melawan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh di kubu kuatnya, Bawang Assan.

Chong Chieng Jen

Pada majis penyerahan watikah calon DAP untuk PRN12 Sarawak di ibu pejabatnya pada Jumaat, kelibat calon bagi kawasan Bawang Assan telah dikenal pasti.

Seorang calon muda, berusia 30 tahun yang merupakan seorang guru tuisyen di Sibu.

“Jika dipilih, saya akan bertanding sebagai calon di Bawang Assan, teruja..dalam masa sama gementar juga,” jawab ringkas calon wanita itu.

Mungkinkah DAP Sarawak sememangnya bersedia dengan percaturannya untuk merampas kerusi tradisi PSB itu dengan meletakkan calon muda menentang veteran politik Sarawak yang sudah tentu mempunyai pengalaman luas terutama di kawasan tersebut.

Tekanan pasti terasa kepada penyandang untuk mempertahankan kerusi berkenaan, dengan erti kata lain, jika menang itu biasa, tetapi sekiranya tewas di tangan calon muda dan baharu, itu sangat luar biasa.

Untuk rekod, PSB sebelum ini mengesahkan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak, dan perkara sama juga disahkan oleh PH Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru