Sunday, December 5, 2021

Varian baharu Covid-19 B.1.1.529 di Afrika Selatan

Secara Rawak

JOHANNESBURG: Sekumpulan saintis Afrika Selatan pada Khamis memberitahu berjaya mengesan varian baharu Covid-19 dengan sejumlah besar mutasi yang menjadi punca peningkatan jangkitan sepuluh kali ganda di negara itu sejak awal bulan.

Pakar virologi Tulio de Oliveira pada sidang akhbar yang diadakan secara mengejut mengesahkan penyebaran varian B.1.1.529 itu dikatakan mempunyai jumlah mutasi yang sangat tinggi dan mampu menembusi imunisasi badan.

Para saintis berkata varian B.1.1.529 mempunyai sekurang-kurangnya 10 mutasi, berbanding dua untuk Delta atau tiga untuk Beta.

WHO kini memantau teliti varian yang dilaporkan itu dan dijangka mengadakan mesyuarat teknikal hari ini menentukan sama ada ia masih dalam kategori VOC (menimbulkan kebimbangan) atau VOHC (perlu diberi perhatian).

Menteri Kesihatan Afrika Selatan Joe Phaahla berkata, varian itu menimbulkan “kebimbangan serius” sekali gus menjadikannya ancaman besar.

Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) yang dikendalikan kerajaan berkata, 22 kes positif bagi varian B.1.1.529 direkodkan di negara itu berdasarkan pengesanan genomik.

Menurut NICD peratusan ujian positif “meningkat dengan pantas” di tiga wilayah termasuk Gauteng, Johannesburg dan ibu kota, Pretoria.

Varian terbabit Sudah dikesan di Botswana dan Hong Kong dalam kalangan pelancong dari Afrika Selatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru