Sunday, December 5, 2021

Penurapan semula jalan beberapa tempat di Miri siap sepenuhnya

Secara Rawak

MIRI: Projek penurapan semula jalan di Grand Park Shophouse, Riam Willow Shophouse dan Taman Futee Shophouse yang dimulakan pada 13 September 2021 telah siap sepenuhnya pada 11 November 2021 dalam tempoh dua bulan.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin telah meninjau projek penurapan semula jalan di Grand Park Shophouse, Riam Willow Shophouse dan Taman Futee Shophouse pada Selasa.

Beliau memberitahu, projek-projek itu telah mendapat peruntukan daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dan agensi pelaksananya ialah Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Lee juga memaklumkan, bagi Projek Penurapan Semula Jalan’ Grand Park Shophouse melibatkan kos sebanyak RM42,050, begitu juga Projek Penurapan Semula Jalan Riam Willow Shophouse dengan kos peruntukan RM33,350 dan Projek Penurapan Semula Jalan Taman Futee Shophouse membabitkan jumlah peruntukan RM24,650.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah meminta kontraktor terbabit menambah baik kualiti penurapan sebahagian jalan di Riam Willow Shophouse dan juga MBM untuk menambahkan petak tempat letak kereta untuk memudahkan parkir kenderaan.

Manakala, bagi projek penurapan semula di Taman Futee Shophouse, Dato’ Sri Lee telah meminta kontraktor memperbaiki dan memperkemaskan lagi hasil kerja penurapan tersebut.

Beliau juga mengingatkan kontraktor untuk mengekalkan prestasi yang baik dan sentiasa memenuhi piawaian kualiti kerja dengan konsisten demi menjaminkan keselamatan dan keselesaan rakyat di bawah selenggaraan projek kerja-kerja penurapan jalan di Sarawak.

Turut hadir Jurutera Eksekutif Kanan MBM Nor Rashidah Nawawi, Penolong Jurutera MBM Peter Ukin, Kapitan Jee Kee Hiong, Kaunselor Jeffrey Phang, Kaunselor Yap Siew Jin dan Kaunselor Kueh Chie Tiong.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru