Sunday, December 5, 2021

Pekerja kilang guna stokin curi emas

Secara Rawak

SHANGHAI: Polis di Shanghai baru-baru ini berjaya menumpaskan kes penyelewengan, mengenal pasti seorang pekerja kilang menggunakan stoking untuk mencuri bahan emas dari pengeluaran dan meraih keuntungan lebih RM79,041 (120,000 yuan).

Kecurian tersebut disedari oleh syarikat tersebut selepas ketua sebuah syarikat mendapati pengurangan stok larutan yang mengandungi emas dalam tempoh dua bulan lalu adalah tidak normal, dan dia melaporkan kes itu kepada polis.

Hasil siasatan, polis mendapati seorang pekerja kilang bernama Zhang secara rahsia memasukkan sepasang stokin ke dalam larutan emas untuk menyerap emas tersebut.

Kira-kira tiga jam kemudian, Zhang ditangkap di tempat kejadian ketika dia cuba menyembunyikan stokin yang direndam emas ke dalam kotnya.

Zhang mengaku mula mencuri emas itu sejak Januari 2020 bersama-sama rakan sekerjanya yang lain.

Apabila bahan emas itu di ekstrak dari palung emas, mereka dapat mengelak daripada pemeriksaan keselamatan syarikat, menapis emas dan menjualnya.

Zhang yang dibantu oleh salah seorang rakan sekerjanya memberitahu dia memperoleh keuntungan hasil penjualan emas tersebut.

Mereka berdua ditahan polis atas tuduhan penyelewengan lapor Global.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru