Monday, January 24, 2022

Pastikan Abang Johari terus diberi mandat PRN-12

Secara Rawak

PADAWAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg harus diberikan mandat baharu untuk terus memimpin negeri ini.

Penyandang Dun Mambong itu berkata, sepanjang perkhidmatan Abang Johari sebagai ketua menteri, beliau melaksanakan tugas dengan cukup cemerlang serta mempunyai wawasan untuk menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2030.

“Semenjak beliau menjadi ketua menteri, Abang Johari telah melaksanakan beberapa perkara. Antaranya menuntut semula hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Buktinya, kita dapat melihat kerja-kerja untuk menuntut semula hak Sarawak, beliau mengenakan cukai jualan negeri (SST) lima peratus untuk hasil minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan tapak projek transformasi luar bandar (RTP) di Dewan Serbaguna Kampung Taba Sait, Skim Penempatan Semula Bengoh, di sini hari ini.

Katanya, dengan wawasan dan kebijaksanaan Abang Johari, Sarawak mempunyai hasil tambahan untuk membangun negeri ini.

Tambahnya, hasil tambahan dapat digunakan untuk merancang pembangunan di Sarawak yang disalurkan kepada agensi pembangunan yang ada pada negeri ini.

“Maka dengan itu, kita harus memberikan mandat yang baharu kepada Abang Johari,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru