Sunday, December 5, 2021

GPS sentiasa komited bantu masyarakat

Secara Rawak

KUCHING: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyantuni golongan kurang berkemampuan di Kampung Malaysia Jaya dan Kampung Sinjan di sini.

Hasidah yang juga Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek turut menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut.

Sebanyak lima keluarga dikunjungi dalam Program Ziarah Kasih anjuran Biro Badan Kebajikan PBB – GPS DUN Samariang.

Selain menyerahkan sumbangan, kunjungan itu turut melibatkan pemberian dos penggalak bersama-sama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sharifah Hasidah berkata, program berkenaan bertujuan meningkatkan semangat mereka yang terjejas pendapatan susulan Covid-19.

“Usaha kita ini membuktikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa komited membantu masyarakat dalam mendepani hari mencabar sekarang.

“Kita berharap dengan sumbangan kecil ini, penerima tidak merasa terpinggir dan kekurangan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru