Sunday, December 5, 2021

PKR beri tentangan terhadap GPS di Tellian, Balingian, Dalat

Secara Rawak

MUKAH: Selain PSB yang dijangka menentang calon GPS di tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Mukah, PKR juga dijangka akan bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi DUN Dalat, Tellian dan Balingian akan turut menyaksikan kehadiran calon PKR dalam PRN pada 18 Disember nanti.

Menurut sumber akar umbi di sini, nama calon bakal diumumkan dalam waktu terdekat.

Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai calon PKR.  Hari penamaan calon adalah pada 4 Disember.

PKR, anggota PH Sarawak, akan bertanding di 47 kerusi daripada 82 kerusi DUN.

DAP di 26 kerusi manakala Amanah di sembilan kerusi.

Sejak 1997 lagi, PKR telah mencuba nasib  Balingian sejak 2006  tetapi setiap kali gagal.

Namun pada PRN lalu, kerusi itu diwakili Amanah.

Dalam PRN lalu, PKR juga tewas di kerusi Tellian dan Dalat.

Kerusi DUN Tellian  mulai diwujudkan pada PRU lalu selepas proses persempadanan semula dilakukan oleh SPR.

Menurut pengamat politik akar umbi, sesiapa pun calon PKR kali ini di tiga kerusi itu, mereka dijangka tidak mempunyai harapan untuk menumbangkan kerusi GPS.

DUN Balingian menang dengan majoriti 2,964 undi, Tellian (4421), dan Dalat (6330).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru