Sunday, December 5, 2021

48 kes kematian Covid, enam di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 48 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,195.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 10 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Perak dan Sarawak (masing-masing enam).

Selangor (lima), Sabah (empat), Pahang (tiga), Kedah dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Johor, Melaka, Negeri sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 68,755 kes aktif dilaporkan, termasuk 516 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah  2,608,979 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru