Sunday, December 5, 2021

Tiga rumah teres terbakar

Secara Rawak

KUCHING: Tiga buah rumah teres satu tingkat jenis kekal di Lorong 1, Taman Indah Sejijak terlibat dalam kebakaran, di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.29 petang tadi.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai PBK II Noorudin Ismail Talab dan 12 anggota BBP Batu Lintang diketuai PBK II Jemiran Kemis dikerahkan ke tempat kejadian.

“Rumah pertama musnah sepenuhnya, manakala rumah kedua melibatkan kebakaran sebanyak di bahagian dapur dan rumah ketiga hanya mengalami kebakaran sebanyak 10 peratus.

“Pasukan bomba menggunakan dua aliran dua nozel pada jarak 300 kaki untuk memadamkan api dan berjaya dikawal pada jam 6.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kerja pemadaman kebakaran ditamatkan pada jam 7.10 malam dengan tiada mangsa yang cedera di tempat kejadian.

Punca kebakaran serta taksiran kerugian dan diselamatkan, masih dalam siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru