Sunday, December 5, 2021

Tidak puas hati khidmat salun kecantikan, wanita bayar guna wang palsu

Secara Rawak

SHANGHAI: Seorang wanita yang merasakan dirinya ditipu oleh pekerja di salon kesihatan membalas dendam dengan membayar mereka menggunakan wang kertas lama.

Pada Mac, wanita tersebut, Li membelanjakan sejumlah besar untuk beberapa perkhidmatan kecantikan perubatan, termasuk menghilangkan kedutan di salun kecantikan di Shanghai dan membayar dengan kad banknya.

Selepas membelanjakan wang itu, dia merasakan dia diperdaya oleh kerani salon itu dan merasakan perkhidmatannya terlalu mahal iaitu sekitar RM28,000 (44,000 yuan).

Sebulan selepas itu dia kembali ke salun dan meminta kerani itu memulangkan bayaran kad banknya dan mencadangkan untuk membayar secara tunai, dengan memberi alasan keluarganya menyemak transaksi kad banknya.

Apabila kerani itu menyerahkan beg wang tunai yang di tinggalkan oleh Li kepada kakitangan kewangan, mereka mendapati hanya RM131.42 (200 yuan) merupakan wang sebenar.

Manakala selebihnya wang dibungkus kemas dalam beg plastik, ialah wang palsu, malah ia merupakan wang “hantu” yang dibakar untuk diberikan kepada nenek moyang.

Menurut Global news, salon tersebut membuat laporan polis dan Li ditahan atas tuduhan menipu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru