Sunday, December 5, 2021

SOP PRN Sarawak dalam proses dimuktamadkan

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sedang mengemas kini Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang berlangsung pada 18 Dis.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan semalam, garis panduan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai selepas dimuktamadkan nanti.

Sementara itu katanya permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara serta sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan, akan dilaksanakan secara dalam talian, berbanding secara manual sebelum ini.

Beliau berkata permohonan untuk mengundi secara pos ini boleh dilakukan melalui MySPR Daftar di pautan http://mysprdaftar.spr.gov.my.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru