Sunday, December 5, 2021

Program ‘Jungat Gih’ berjaya dianjurkan di Daro

Secara Rawak

DARO: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak telah menganjurkan Program ‘Jungat Gih’ Sempena 50 Tahun Jubli Emas dan Program Komuniti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al-Syafie Daro baru-baru ini.

Program tersebut diadakan bagi meraikan Sambutan Jubli Emas Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

Menurut Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Islam Daro, Safiee Ahmad, pelaksanaan untuk membina bangunan kekal untuk PPDK Al-Syafie Daro telah beliau masukkan dalam peruntukan RTP 2021 yang bernilai RM700,000.

“Projek ini sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini dan apa yang difahamkan proses sekarang adalah menunggu kelulusan tapak.

“Manakala rekabentuk telah mendapat persetujuan pihak Kerajaan Negeri dan sekiranya telah menerima kelulusan tapak maka ianya akan dilaksanakan, selalunya projek yang yang melibatkan bangunan ini memakan masa 10 bulan,” jelasnya.

Dalam majlis sama, seramai 13 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan pesakit yang terlantar, Orang Kelainan Upaya (OKU) telah menerima sumbangan dari program ini yang berdaftar dengan E-Kasih.

Antara sumbangan yang diterima adalah seperti katil, tilam, kerusi roda dan sebagainya.

Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) telah mengambil langkah untuk turun ke kawasan bagi melihat sendiri keadaan yang memerlukan supaya apa yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sebagai Keluarga Malaysia itu tercapai.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru