Sunday, December 5, 2021

PRN-12: Ceramah hanya dibenarkan di kawasan kampung, rumah panjang

Secara Rawak

Hanya ceramah di kampung, rumah panjang dibenarkan

KUCHING: Hanya ceramah di kawasan kampung dan rumah panjang dibenarkan dengan kehadiran penduduk di kawasan berkenaan sahaja, pada tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak nanti.

Ia merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan PRN-12 Sarawak yang dikeluarkan, hari ini.

“Penganjuran ceramah/syarahan/kempen adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Hanya dibenarkan di kawasan kampung dan di rumah panjang di kawasan Dun tersebut sahaja.

“Orang luar yang tidak bermastautin di dalam kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan berkempen kecuali calon parti politik yang bertanding (bilangan dihadkan kepada lapan orang sahaja) dan petugas-petugas rasmi kerajaan,” katanya.

Menurut SOP itu lagi, kempen ziarah rumah ke rumah, ia adalah sama sekali tidak dibenarkan sepanjang tempoh pilihan raya, tetapi dibenarkan di kawasan kampung dan di rumah panjang.

“Selain itu kempen secara “walkabout” (lawatan mesra) tidak dibenarkan seperti calon/wakil calon/parti politik berjumpa dengan pengundi di pasar pagi/pasar malam/pasar tani/kedai makan/kedai kopi/warung dan tempat-tempat lain),” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru