Sunday, December 5, 2021

PH Sarawak sah tanding 82 kerusi, guna logo parti

Secara Rawak

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengesahkan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUn) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata calon yang dipilih akan bertanding menggunakan logo parti masing-masing.

Tiga komponen PH Sarawak yang disertai DAP, PKR dan AMANAH akan melengkapkan pertandingan di 82 DUN.

“Semua komponen dalam PH akan bertanding. Ketiga-tiga komponen ini kelak akan mencukupi 82 kerusi DUN,” katanya dalam sidang media PH Sarawak di ibu pejabat DAP Sarawak di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Chieng Jen, pemilihan calon akan ditentukan oleh parti dalam PH sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

“Calon seperti biasa kita serahkan kepada parti masing-masing untuk menentukan calon parti masing-masing…Tetapi kami akan bertanding dibawah logo parti sendiri,” katanya.

Menurutnya nama calon akan diumumkan kelak dalam masa terdekat termasuk status beliau sama ada akan mempertahankan kerusi DUN Kota Sentosa atau sebaliknya.

Pada PRN11, komponen PH Sarawak ketika itu memenangi 10 kerusi daripada 84 kerusi yang ditandingi secara keseluruhan.

Antaranya PKR (3 daripada 40 kerusi), DAP (7 daripada 31 kerusi) dan AMANAH (0 daripada 13 kerusi).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru